Info Tentang Wanita

BTemplates.com

Cari Blog Ini

Diberdayakan oleh Blogger.

Minggu, 28 Agustus 2016

8 Cara Untuk Menjadi Suami Yang Hebat





Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat

Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama

Ini adalah perkara mencabar untuk korang wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang

Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak

Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’

Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, korang pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian

Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa korang suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah korang.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri

Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang korang berikan.

8. Jadilah suami serba tahu

Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

7 Ungkapan Yang Tidak Boleh Didengari Anak



Fikirkan dulu ungkapan yang korang ungkapkan sebelum marah pada anak. Berbagai masalah rumah tangga, pekerjaan, sampai kenakalan anak membuatkan korang tidak dapat mengawal perasaan dan marah.

Bahkan tak jarang, anak-anak menjadi sasaran kemarahan korang, sama ada melalui sikap ataupun kata-kata kasar yang keluar dari mulut korang. Hati-hati bila korang sering melepaskan perkataan tatkala marah sehingga tidak dapat mengawal perasaan.

“Kata-kata boleh menjadi sumber inspirasi, tetapi juga boleh melukai perasaan,” ungkap Chick Moorman, penulis buku Parent Talk dan Spirit Whisperers.

Meskipun anak korang menimbulkan banyak masalah, sebagai orang tua tak sepatutnya korang melontarkan kata-kata yang menyakitkan bagi anak. Kesan buruk dari ucapan kasar tersebut sering kali lebih merugikan daripada yang korang bayangkan. Contohnya seperti ini:

1. “Kalau nakal, Ibu akan meninggalkanmu di sini.”

Korang mengancam dan menakuti anak-anak dengan harapan agar mereka patuh pada perintah korang. Perlu korang ketahui, ketakutan terbesar anak-anak kecil adalah tersesat sendirian dan merasa tidak selamat. Oleh kerana itu, tindakan korang meninggalkannya sendirian akan menimbulkan trauma bagi dirinya.

Alih-alih mengancam dan menakuti anak, lebih baik katakan keinginan korang dengan baik. Misalnya ketika anak merengek minta mainan, katakan saja padanya, “Aiman, kalau kamu terus merengek seperti itu, kita akan pulang sekarang. Tapi kalau kamu tidak nakal, kita akan tetap di kedai ini dan memilih belanjaan bersama.”

Alternatif lainnya adalah dengan beristirehat sejenak. Kenakalan anak dan kemarahan korang mungkin saja merupakan tanda bahawa korang atau anak perlu istirehat.

2. “Kamu seharusnya malu.”

Banyak orang tua yang beranggapan bahawa dengan mengungkapkan hal tersebut, anak akan malu dan akan mengubah sikapnya sesuai dengan yang mereka inginkan. Namun, anak kecil belum dapat memahami rasa malu yang terjadi akibat kesalahan yang diperbuatnya. Oleh kerana itu, hal ini belum tentu langsung berhasil. Jika terlalu sering mengatakan hal ini, maka mereka hanya akan berfikir bahawa segala sesuatu yang dilakukannya selalu salah.

3. “Seandainya kamu tidak pernah ada.”

Ungkapan ini bermaksud: “Ayah dan ibu tidak pernah menginginkanmu.” Kerananya, ungkapan ini tidak seharusnya diucapkan oleh orang tua. Ungkapan ini akan sangat menyakitkan, baik bagi si anak mahupun orang lain yang mendengarnya. Terlepas dari kenakalan yang telah dilakukan anak, ia hadir kerana kehendak korang dan suami. Maka, bersikaplah sebagai orang tua yang bertanggungjawab dengan mengasuh dan mendidik anak dengan baik, bukannya menyalahkannya kerana lahir di dunia.

4. “Kamu yang membuat Ibu bercerai.”

Tidak ada anak yang menjadi penyebab orang tuanya bercerai. Ketika ungkapan ini diucapkan, maka secara tak langsung korang membuat anak-anak menanggung beban emosi seumur hidupnya. Bahkan ketika korang menjelaskan dengan penuh berhati-hati tentang perceraian, anak-anak akan merasa sangat bertanggungjawab atas keputusan korang untuk bercerai. Anak akan beranggapan bahawa jika dia bersikap lebih baik, maka korang tidak akan bercerai. Meski tak terucapkan oleh anak, masalah ini sering jadi masalah yang serius.

5. “Kenapa kamu tidak seperti saudaramu yang lain?”

Dengan mengatakan hal ini, maka secara tidak langsung korang membandingkan anak-anak dengan saudaranya yang lain bahawa anak tidak cukup pintar, cukup baik, ataupun cepat belajar dibanding saudaranya. Pembandingan ini juga akan meningkatkan persaingan antara saudara meningkat, yang kelak akan merosak hubungan persaudaraan dan menyebabkan perpisahan. Terima setiap anak dalam keluarga korang kerana mereka memiliki keunikan dan keistimewaan sendiri. Bantu anak untuk melihat keistimewaan mereka dengan fokus pada masing-masing individu tanpa menggunakan perbandingan.

6. “Biar Ibu yang menyelesaikan.”

Mungkin, maksud hati ingin membantunya menyelesaikan pekerjaan rumah yang sulit dikerjakan. Namun, jika terlalu sering melakukan hal ini, maka korang telah mengambil alih pekerjaan anak yang seharusnya boleh dikerjakannya sendiri. Hal ini akan melemahkannya. Mengambil alih pekerjaan anak mungkin boleh menjimatkan waktu korang di masa sekarang, tetapi korang meninggalkan beban di masa depan kerana anak jadi tak terbiasa melakukannya sendiri.

7. “Ibu cakap begitu, ikuti saja.”

Ungkapan ini memang kedengaran seperti perintah keras bagi anak. Namun, erti yang terkandung dari ungkapan ini adalah, “Saya orang dewasa, dan kamu anak-anak”, atau “Saya pintar, dan kamu bodoh”, atau “Saya berkuasa, dan kamu tidak”, atau “Saya yang mengatur, dan kamu yang harus mengerjakan.” Penegasan ini akan menciptakan jurang yang lebar antara korang dan anak.

Gaya bicara seperti ini menimbulkan rasa kesal pada anak, bahkan mungkin rasa benci dan persaingan untuk berebut kekuasaan dalam rumah. Cubalah untuk menggunakan bahasa yang lebih baik untuk mengungkapkan ketidaksetujuan anak sehingga mereka lebih menghormati dan mengerti apa yang korang rasakan.