Info Tentang Wanita

BTemplates.com

Cari Blog Ini

Diberdayakan oleh Blogger.

Kamis, 28 Agustus 2014

Kenapa Lelaki Dan Perempuan Naik Berat Badan Selepas Kahwin



Mengikut kajian terhadap  lebih 125,000 orang, mereka yang berkahwin lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Mungkin ini disebabkan oleh kebahagian atau ada isteri yang menjaga pemakanan mereka. Di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun dan ke atas pula, 12 peratus tahap kesihatan mereka berada dalam linkungan baik atau teruk. Tahap kesihatan duda atau janda dikategorikan paling teruk. 

Kenapa Lelaki Tak Kisah Jadi Gemuk Selepas Kahwin?

  • Sebab bila dah kahwin, makan-minum semua dah disediakan oleh isteri. Pagi isteri dah sedia nasi lemak, masa lunch makan nasi ayam, minum petang dengan teh susu dan roti canai dan makan malam isteri beli nasi kandar dekat kedai mamak. Suami pun tak kisah janji kenyang. Macam mana tak naik perut. Kalau isteri mengandung silap-silap haribulan tersilap hantar suami ke hospital. 
  • Alasan lain yang bagi sebab dah kahwin, so tak payah lah nak pikir pasal ‘market’.Cukuplah ada isteri sorang. Kepada isteri kena hati-hati. Depan je kata sorang. Dekat belakang mungkin dah ada 3 kot.  
  • Sebab isteri suka memasak dan suka try resipi baru. Hari ne masak kari ayam, esok kari lembu, tulat kari kambing. Pastu suami akan jadi bahan uji kaji untuk makanan yang dimasak tu. Mana tak membuncit perut suami.  
  • Alasan suami yang dah give up.Dah memang keturunan perut buncit, nak buat macam mana. Terima je la.
Faktor Yang Menyebabkan Lelaki Gemuk 
  • Faktor kelamin .Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon yang membuatkan perut senang buncit.
Kenapa Perempuan Gemuk Selepas Kahwin?
  • Perempuan pun akan bertambah berat badan selepas kahwin . Fakta mengatakan perempuan bertambah berat badan kerana khasiat air mani si suami itu sendiri. Antara khasiatnya:
  1. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein yang berkhasiat. 
  2. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri. 
  3. Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  4. Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta juta hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Rabu, 27 Agustus 2014

6 Tanda Si Dia Serius Sukakan Anda




Bila ada seseorang yang rapat dan akrab dengan anda,pastinya anda akan tertanya-tanya,apakah si dia benar-benar menyukai anda?Maklumlah..takut juga kan kalau hanya diri yang beria-ia,bertepuk sebelah tangan.Jika sudah terlanjur menganggap si dia serius sedangkan kenyataan sebaliknya,nanti diri sendiri juga yang kecewa.

Lalu bagaimana agaknya cara mengetahui apakah si dia itu memang serius?
Apakata anda cuba teliti 6 tanda yang boleh membuktikan bahawa besar kemungkinan si dia benar-benar sukakan anda seperti yang dipaparkan dibawah ini.

1)Tak Lupa Menelefon Tiapkali Ada Kesempatan

Asal saja ada kesempatan,si dia pasti akan menelefon anda bertanya khabar dan lain-lain.Kerana menyukai anda,si dia tidak pernah bosan menghubungi untuk berbicara dan mendengar suara anda sekerap mungkin.

2)Ingat Apa Yang Anda Katakan

Si dia selalunya mudah mengingati apa saja yang pernah anda katakan,walaupun ia sekadar hal yang kecil.Malah dia tahu dan ingat apa yang menjadi kegemaran atau pun kebencian anda.Misalnya buku kegemaran anda,lagu favorite,makanan kesukaan dan lain-lain.Inilah tandanya si dia memang mahu memberikan perhatian lebih disebabkan perasaan suka dan sayang yang ada dalam dirinya.

3)Sentiasa Ada Alasan Untuk Bersentuhan

Orang yang menyukai seseorang pasti akan sentiasa berusaha untuk seakrab mungkin dan sering bersentuhan dengan orang yang disukai demi untuk membina ikatan secara emosional sebelum meluahkan cinta.Jika si dia tak lupa meraih tangan anda tiapkali melintas jalan,memimpin anda tiapkali menaiki tangga atau pun sentiasa ingin duduk berdekatan,memang jelas si dia sedang berusaha untuk lebih rapat dengan anda.

4)Sering Ingin Menatap Wajah Anda

Si dia pasti tidak terlepas dari memandang dan menatap wajah anda samada saat berdekatan atau tidak.Bila bersama,si dia sering ingin duduk berhadapan agar dapat sepuas mungkin menatap wajah orang yang disukainya.

5)Memberikan Perhatian Pada Akaun Social Media Anda

Jika anda telah terhubung dengan si dia di akaun Facebook,Twitterdan lain-lain,pastinya anda dapat mengetahui perasaannya pada anda.Sekiranya si dia tak lupa memberikan komen,menekan butang like tiapkali anda update status,itu bermakna si dia memberikan perhatian lebih dan seboleh mungkin mahu berkomunikasi dan berhubung dengan anda sekerap yang dapat.

6)Tidak Malu Mengenalkan Anda Pada Kawan-Kawan Dan Keluarga

Si dia tidak pernah malu dan sering mengajak anda bersama bila keluar bertemu kawan-kawannya.Dia juga sudi mengenalkan anda pada ahli keluarga mahupun saudara-maranya.Itu tanda si dia merasakan anda telah menjadi sebahagian dari diri dan hidupnya.Oleh itu dia tidak malu berkongsi apa saja yang baik dan membahagiakan dengan anda.

Selasa, 26 Agustus 2014

10 Ciri Lelaki Yang Sedang Jatuh Cinta



1. Memberikan lebih perhatian.

Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Bertanyalah, kebiasaannya, rakan rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. kerna mereka memerhatikan kamu. Dikala kamu sakit, siapa yang menjadi orang pertama yang berada disisimu, bertanya khabar atau ingin membantumu.

2. Meluangkan masa untuk kamu.

Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini jelas terlihat. Pagi petang siang malam sidia asyik ingin bersamamu. Adakah kamu masih lagi tidak sedar?

3. Menerima kamu seadanya.

Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang lain, dia tetap menerima kamu dan tidak pernah cuba menyuarakan apa apa tentang kamu untuk mengubahnya.

4. Lebih romantis terhadap kamu.

Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Dia mungkin pernah akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Sweet dream”. Kelakarnya, bersama teman temannya, dia berbahasa “aku ko” dan terus tertukar “saya awak” apabila bersama kamu.

5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu.

Si lelaki itu selalu ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Makan apa hari ini?” atau mungkin “Buat apa hari ini?”. Semuanya itu tentang kamu yang dia ingin tahu, secara terus bertanya, atau melalui teman temanmu.

6. Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.

Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kamu sendiri lupa pernah katakan kepada dia. Tapi dia akan sentiasa ingat akan hal hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.

7. Selalu menganggap kamu adalah satu satunya wanita yang hanya untuknya.

Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru ataupun menipu. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.

8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.

Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.

9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.

Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak risau apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.

10. Tidak punya alasan untuk mencintaimu

Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab soalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!”. Wah, senangnya.. Jangan percaya, jika dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu, berhati hatilah..

Senin, 25 Agustus 2014

Kenapa Ramai Lelaki Kacak Masih Single ?




Jom baca sebab Kenapa Lelaki Kacak masih single :

1. Jual mahal

Selalunya lelaki kacak agak jual mahal berbanding lelaki yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Walaupun kadang kala di dalam hati mereka menyukai akan seseorang wanita itu, namun kerana perasaan jual mahal yang terlalu menebal, mereka terpaksa melepaskannya.

Keegoan mereka yang agak tinggi menyebabkan mereka sentiasa berfikir bahawa diri mereka digilai oleh ramai wanita. Oleh itu mereka menunggu wanita terbaik mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang ‘biasa-biasa’ sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.

2. Persepsi sukar didekati

Wanita selalu berfikir bahawa lelaki yang kacak sukar untuk didekati. Apatah lagi untuk dijadikan pasangan. Kononnya lelaki sebegini mempunyai ramai peminat dan pasti tidak akan memandang wanita seperti mereka.

Namun hakikat yang sebenarnya, mereka juga sama seperti lelaki lain yang suka bersosial dan didekati oleh golongan wanita. Apabila wanita berfikiran sebegitu, maka semakin tinggilah risiko untuk lelaki kacak terus single sampai ke tua.

3. ‘Maintenance’ tinggi

Ramai juga yang menganggap lelaki kacak selalunya memerlukan ‘maintenance’ tinggi setiap bulan. Maklumlah semuanya perlu diijaga rapi termasuklah pakaian berjenama, minyak wangi, kasut dan jam tangan. Apatah lagi produk lelaki semuanya mahal-mahal belaka hingga boleh mencecah sehingga ribuan ringit.

Oleh kerana itu, wanita sederhana jarang mahu memilih lelaki sebegini untuk dijadikan pasangan kerana mereka berasakan tidak berkemampuan untuk bergerak seiring. Namun mereka tidak sedar, tanggapan itu adakalanya tidak benar kerana ramai lelaki kacak yang sukakan sesuatu yang natural, ringkas, asli dan selesa. Oleh itu, ubah persepsi anda supaya tidak ramai lelaki kacak yang terus hidup solo.

4. Serik dikecewakan

Ada juga lelaki tampan yang memilih kehidupan solo kerana serik dengan pengalaman pahit yang mereka pernah lalui sebelum ini. Pengalaman dikecewakan oleh wanita menyebabkan mereka menjadi terlalu pemilih.

Walaupun banyak wanita yang menagih cinta mereka, namun dia sentiasa mengambil sikap berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baginya dia tidak perlu mempersiakan hidupnya hanya kerana seorang wanita. Hanya wanita yang bijak mengambil hati dan tahu menghargai dirinya mampu melembutkan jiwa lelaki kacak yang semakin keras untuk menikmati cinta.


5. Terlalu memilih

Lelaki kacak selalunya hanya akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup. Sikap terlalu pemilih yang diamalkan oleh golongan lelaki sebegini menyebabkan wanita bosan berdampingan dengan mereka. Akibatnya dia terpaksa menjalani kehidupan sendirian kerana merasakan belum menemui wanita yang benar-benar sempurna di matanya.

6. Terlalu banyak pilihan

Selain terlalu memilih, terlalu banyak pilihan di depan mata juga menyebabkan lelaki kacak sukar untuk membuat pilihan. Setiap wanita yang ada di hadapannya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Namun dia hanya boleh memilih satu daripada sekian banyak pilihan yang ada.

Untuk mengelakkan ada pihak yang berkecil hati, akhirnya lelaki kacak terpaksa menolak kesemua wanita yang hadir dalam hidupnya. Akibatnya, jadilah dia lelaki kacak yang terus single hingga ke hari ini.

7. Berkerjaya

Terlalu sibuk dengan kerjaya adakalanya membuatkan lelaki kacak terlupa untuk mencari cinta. Ini kerana lelaki tampan selalu merasakan mereka mampu untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa.

Oleh kerana itulah, cinta selalu menjadi nombor dua dalam hidup mereka. Namun mereka tidak sedar, usia yang semakin meningkat menyebabkan mereka sukar untuk mencari teman wanita. Apabila merasakan sudah terlewat untuk mereka mencari pasangan hidup, akhirnya mereka memilih untuk hidp bersendirian sehingga ke akhir usia.