Info Tentang Wanita

BTemplates.com

Cari Blog Ini

Diberdayakan oleh Blogger.

Rabu, 18 Februari 2015

Resipi Mudah Untuk Masak Nasi Briyani




Resepi Daging Briyani

Bahan-Bahan:

1 kg daging lembu/kambing, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair

Bahan untuk dikisar:

4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah

Bahan untuk ditumis:

5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis

Cara Penyediaan:

1.Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
2.Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
3.Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
4.Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

selamat mencuba

Selasa, 17 Februari 2015

Resipi Mudah Untuk Masak Nasi Ayam




Nasi Ayam Simple

Bahan-bahan (utk membuat sup)

1. Ayam di rebus
2. Air rebusan ayam
3. Kulit kayu manis
4. Bunga lawang
5. Halai di hiris
6. 3 biji Bawang putih di ketuk
7. Sup bunjut
8. Bahan perasa
9. Bawang goreng
10. Daun sup
11. Kiub ayam

Bahan utk memasak nasi ayam

1. 1inci Halia di hiris halus
2. 1 biji Bawang putih di hiris halus
3. Garam
4. Mejerin
5. Pewarna kuning
6. Air rebusan ayam

Bahan utk perap ayam

1. Kicap

Bahan utk hiasan

1. Daun salad
2. Timun
3. Tomato

Cara-cara memasak sup.

1. Bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang putih di gorengkn. Setelah garing angkat dan masukkan dalam air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan halia, sup bunjut, kiub ayam dan bahan perasa. Biarkan mendidih. Agak2 dh cukup rasa blh tutup api.

Cara memasak nasi

1. Basuh beras dan isi air rebusan ayam td mengikut sukatan beras yang ingin di masak.
2. Masukkan halia, bawang putih, pewarna kuning, garam dan majerin ke dlm beras td dan kacau kemudian masak.

Bahan untuk ayam

1. Ayam yg di rebus tadi di angkat dan isi kicap.
2. Setelah selesai masak sup dan nasi boleh goreng ayam pula.

Selamat mencuba!

Kamis, 05 Februari 2015

Tanda-Tanda Anda Menghidapi Kanser Pangkal Rahim




Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj [vagina] yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.

Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal.

Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:

1. Perdarahan selepas hubungan seks (“postcoital bleeding“)

2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.

3. Perdarahan di pertengahan kitaran haid.

4. Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.

5. Hilang selera makan

6. Turun berat badan yang mendadak

Faktor-Faktor Terjadinya Kanser Pangkal Rahim

Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:

1. Hubungan seks pada usia muda

2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi

3. Merokok

4. Wanita dari golongan susah ataupun miskin.

5. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.

6. Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.

7. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.

Kaedah Rawatan Kanser Pangkal Rahim

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :

a. Pembedahan

b. Rawatan Radioterapi

c. Rawatan Kemoterapi

Rabu, 04 Februari 2015

Isteri Dibunuh Kerana Tidak Berdarah Pada Malam Pertama ?




Beberapa tahun lepas aku terbaca di Harian Metro kisah seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya kerana tidak berdarah pada malam pertama perkahwinan mereka. Si suami beranggapan si isteri telah menipu dirinya dan tidur dengan lelaki lain sebelum berkahwin. Berita ini amat menyedihkan kerana cinta yang mereka bina selama ini hancur musnah kerana sikap tidak berfikir panjang si suami. Namun kisah ini tidak seburuk berita berita yang aku dengar dari negara negara konservatif muslim. Di Pakistan dan Bangladesh umpamanya ramai isteri yang tidak berdarah pada malam pertama dibunuh atau/dan dibakar oleh suami, abang atau bapa mereka kerana dikatakan telah menconteng arang ke muka keluarga. Pada pendapat aku, berdarah atau tidak berdarah bukanlah satu perkara yang perlu dijadikan isu. Dibawah ini akan aku jelaskan mengapa.

Pertama sekali, bukan semua wanita dilahirkan dengan selaput dara. Menurut Nederlandse Vereniging voor Obstetrie en Gynaecologie (May 2004), 1 bagi setiap 1000 orang wanita dilahirkan tanpa selaput dara. Dalam erti kata lain, kira - kira 15000 wanita di Malaysia tidak mempunyai selaput dara.

Selain itu, selaput dara bukan sahaja boleh pecah kerana aktiviti seks tetapi juga kerana faktor faktor yang lain seperti penggunaan tampon yang kerap, penggunaan vaginal speculum ketika pemeriksaan kesihatan, onani, sering melakukan akitiviti lasak serta bersukan, kecederaan atau penderaan fizikal. Atas sebab - sebab ini berdarah atau tidak bukanlah petunjuk konkusif bahawa si wanita itu pernah melakukan seks atau tidak.

Disamping itu, sesetengah wanita mungkin hilang dara kerana dirogol. Golongan ini dalam dilema sama ada patut atau tidak mereka menceritakan tragedi hitam mereka kepada bakal suami. Golongan lelaki diluar sana mungkin beranggapan yang wanita wanita ini harus berterus terang sahaja kepada bakal suami mereka. Namun, kita tidak berada di tempat wanita itu dan tidak tahu betapa berserabut fikirannya. Jika diberitahu, makin banyak soal si suami hingga membuatkan si isteri terseksa mengenangkan saat dirogol. Ada kemungkinan si suami akan menganggap si isteri hanya membuat - buat alasan untuk menutup aib bahawa dirinya dulu seorang bohsia. Ada kemungkinan si suami akan menyalahkan si isteri kononnya terlalu naif, sama dua kali lima menggatal, berpakaian seksi dan sebagainya. Hakikatnya, amat susah sekali suami - suami diluar sana mempercayai pengakuan isteri mereka.

Menurut Psychology Today (Mac 2011), hanya 43% wanita yang disoal selidik mengatakan mereka berdarah ketika pertama kali melakukan seks. Adakah ini bermaksud 57% wanita yang lain itu masih mempunyai dara? Sudah tentu tidak.

Lelaki - lelaki diluar sana sangat bersyukur dan gembira jika mengetahui isteri mereka berdarah pada malam pertama. Tetapi pendarahan ini mungkin berlaku disebabkan penyakit seperti cervical dysplasia, gonorrhea, cervical polyps, vaginal yeast infection, uterine polyps, chlamydia, vaginitis, trichomoniasis, endrometritis and fibroid tumors. Jika bukan kerana penyakit mungkin juga kerana kemasukan zakar kedalam vagina secara kasar dan kekurangan pelincir.

Yang peliknya, sesetengah lelaki yang beriya - iya mahukan isteri dara ini belum pasti lagi masih teruna atau tak. Entah - entah dah banyak kali beromen dengan anak orang. Janganlah jadi lelaki munafik yang nak isteri islamik, dara tapi perangai sendiri macam sampah.

Berdasarkan faktor - faktor ini tidak perlulah lagi kita hebohkan sangat jika perempuan itu berdarah atau tidak. Apa yang penting adalah perempuan itu baik, memahami kita dan menyayangi kita sepenuh hati. Jika perempuan itu terbukti pernah tidur dengan banyak lelaki sekalipun tidak perlu kita kenang sejarah hidupnya. Apa yang lepas kita biarkan berlalu pergi. Jika wanita itu pelacur sekalipun tetapi benar benar ingin membina keluarga bersama kita jadi terimalah seadanya. Lagipun kita ini pun bukanlah sempurna mana.

Selasa, 03 Februari 2015

4 Sebab Wanita Suka Lelaki Yang Lebih Berusia




Pasti anda sebagai lelaki sejati yang berwajah tampan dan berbadan sasa berasa pelik mengapa wanita menggemari lelaki yang lebih berusia bukan? Apakah kekurangan pada diri anda jika hendak dibandingkan dengan seorang yang lebih berusia? Ini berlaku kerana faktor utama majoriti wanita memilih pasangan bukanlah berdasarkan sifat luaran. Jadi apakah sebab wanita menggemari lelaki yang lebih berusia?

(1) Pasti anda semua mengetahui bahawa pemikiran lelaki lebih lambat matang berbanding wanita. Fakta ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Lelaki yang lebih berusia menjadi tarikan terhadap wanita kerana kestabilan emosi mereka mengenai sesuatu perkara. Ini kerana wanita amat-amat memerlukan kestabilan untuk memberikan ketenangan didalam kehidupan mereka.

(2) Lelaki yang lebih berusia juga akan lebih bersifat tanggungjawab dan dipercayai. Ini kerana mereka sudah tidak mempunyai cukup masa untuk bermain-main mengenai soal pasangan hidup mereka. Komitmen yang ditunjukkan inilah kebiasaannya akan mampu untuk memikat wanita yang mengenali mereka.

(3) Pengalaman sudah pasti banyak mengajar seseorang mengenai erti kehidupan. Pengalaman yang bermanfaat inilah akan digunakan sebagai senjata rahsia untuk lelaki yang berusia memikat wanita yang lebih muda daripada mereka. Hati wanita mungkin sukar untuk dipikat, tetapi sekiranya anda tahu cara untuk memikatnya, proses ini pasti akan menjadi lebih mudah.

(4) Walaupun pemikiran lelaki yang lebih berusia matang, ia tidak bermakna mereka juga akan turut ketinggalan dalam arus kemodenan hari ini. Penampilan mereka yang kemas, segak dan bersih sudah pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah, mereka juga mampu berpenampilan 20 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka.

Minggu, 01 Februari 2015

Apakah Batasan Aurat Untuk Bakal Suami?




Soalan :

Saya wanita tunggal yang berpurdah dalam keluarga saya. InsyaAllah hujung tahun ini saya akan melangsungkan pertunangan. Jadi, adakah saya harus buka purdah ketika itu? Untuk bakal suami saya?

Jawapan:

Jika seorang lelaki benar-benar ingin mengambil seorang wanita menjadi isteri, dia perlu melihat wanita itu dengan keizinan wali dan ditemani mahram. Ia adalah perlu kerana ia adalah hak bagi seorang yang ingin berkahwin untuk memilih paras rupa pasangannya mengikut kesukaannya supaya untuk mencegah daripada berlakunnya penyesalan setelah mendirikan rumah tangga yang hanya akan mengundang seribu satu masalah dalam kehidupan rumah tangga kelak.

Antara pendapat ulama tentang batasan aurat bakal isteri ialah:

Menurut Imam Syafie, tidak boleh melihat wanita yang ingin dikahwini tanpa menutup kepala (memakai hijab). Dia boleh melihat wajah dan tangan hingga ke pergelagan sama ada dengan keizinan atau tanpa keizinannya. (Al-Haawi al-Kabiir, jil: 9, ms: 34).

Imam al-Nawawi berpendapat dalam Raudhah al-Tolibin dan ‘Umdah al-Muftin, jil: 7, ms: 19 – 20, sunat melihat bakal isteri agar seorang lelaki itu tidak menyesal setelah berkahwin dengannya… dibolehkan melihat berkali-kali dengan izinnya atau tanpa keizinannya. Jika masih tidak berpuas hati, dia dibenarkan mengutus wanita lain untuk melihatnya dan menerangkan sifat-sifat wanita itu kepadanya. Wanita juga dikehendaki melihat bakal suami agar apa yang disukai oleh bakal suami, disukai juga oleh dirinya terhadap bakal suami itu.

Abu Hanifah pula berpendapat, dibolehkan melihat wajah, tangan dan kaki. (Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtasid, jil: 3, ms: 10). Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn Rushd.

Jumhur ulama membenarkan melihat wajah dan tangan kerana wajah merupakan sumber kecantikan seorang wanita dan tangan pula boleh menggambarkan tubuhnya sama ada langsing atau sebaliknya.

InsyaAllah, semoga si dia membuat pilihan tepat untuk memilih saudari sebagai teman hidupnya.