Info Tentang Wanita

BTemplates.com

Cari Blog Ini

Diberdayakan oleh Blogger.

Rabu, 15 Oktober 2014

Bolehkah Minta Cerai Dari Suami Yang Berzina ?




"Saya sangat kecewa dengan sikap suami. Mahligai cinta yang dibina selama 5 tahun musnah begitu saja apabila diketahui suami ditangkap khalwat bersama wanita lain. Saya sangat sedih dan hiba. Saya tidak dapat menerima perbuatan suami ini. Bolehkah saya minta cerai?"

Jawapan :

Isteri boleh meminta cerai kepada suaminya (khuluk) jika benar-benar telah melalui beberapa pertimbangan menurut syariat Islam. Harus hukumnya sekiranya terdapat keperluan ke arah itu, seperti isteri membenci suaminya kerana perwatakan luarannya, kerana akhlaknya yang tercela, kerana agamanya ertinya mengabaikan perintah Allah atau melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dan lain-lain, terlalu tua atau lemah syahwat. Kemudian isteri pula khuatir kalau-kalau tidak dapat melaksanakan hak-hak Allah SWT dalam mentaati suaminya.

Jika suami mengatakan bahawa dia telah melakukan zina dan sifat terus terangnya itu kerana menginginkan agar isteri meminta cerai, maka perbuatan suami semacam ini haram hukumnya dan berdosa besar. Seandainya telah sampai ke tahap demikian berpisah atau cerai adalah lebih baik demi kemaslahatan isteri dan menjaga agama isteri.

Sebagaimana Islam memberikan hak kepada suami tentang talak maka Islam juga memberi hak kepada isteri untuk meminta khuluk atau cerai. Untuk lebih memuaskan lagi hati puan merujuklah kepada pihak qadi yang berdekatan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang bijaksana dan mengikut undang-undang syariat di negara kita.

Bolehkah Berkahwin Pada Bulan Safar ?




"Saya akan berkahwin dengan pasangan saya tidak lama lagi. Masalah di sini ialah saya akan melangsungkan pernikahan pada bulan Disember dan ianya jatuh pada bulan Safar jika ikut kalendar Islam. Terdapat sesetengah pendapat menyatakan bulan Safar tidak elok dibuat majlis pernikahan. Disini, saya ingin bertanya adakah benar pendapat yang menyatakan bahawa bulan Safar tidak sesuai di buat majlis pernikahan dan perkahwinan?"

Jawapan :

Al-Quran dan Sunnah tidak pernah menyatakan secara khusus hari-hari yang tidak harus seseorang itu melakukan sebarang perbuatan seperti nikah kawin. Malahan Rasulullah telah bersabda yang maksudnya :

“Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah (sempena baik atau buruk), tidak ada kesialan (malang) kerana burung hantu, dan tidak ada kesialan (bala bencana) pada bulan Safar.” (Hadis Riwayat Bukhari , Muslim, Abu Daud, dan Ahmad )

Rasulullah SAW bersabda;

“Beranggapan sial termasuk kesyirikan (baginda menyebutnya tiga kali).” Lalu baginda bersabda, “Tidak ada di antara kita yang selamat dari beranggapan sial. Menghilangkan anggapan sial tersebut adalah dengan bertawakal.” (HR. Abu Dawud)

Menyandarkan sesuatu musibah bakal menimpa terhadap sesuatu perkara seperti kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu, gerakan binatang dan lain-lain adalah perbuatan yang tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan oleh Allah SWT tanpa ada faktor lain yang mempengaruhi keputusan-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya :

“Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah al-A’raaf (7) ayat 131)

Oleh itu bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur (ramalan buruk kerana sesuatu), maka dia telah terjebak dalam lembah kesyirikkan.

Benarkah Suami Orang Lebih Menggoda ?




"Saya tertanya-tanya kenapa wanita zaman sekarang lebih cenderung untuk memiliki lelaki yang telah berkahwin berbanding mereka yang bujang? Adakah mereka seronok merampas kebahagiaan rumah tangga orang lain? Jika tidak, mana mungkin aktres jelita Angelina Jolie boleh terpikat dengan aktor kacak Brad Pitt sewaktu lelaki tersebutmasih berstatus suami kepada Jennifer Aniston satu ketika lalu?"

Jawapan:

Persoalan ini mungkin mengundang rasa bimbang kepada wanita bergelar isteri di luar sana. Namun jika difikirkan kembali, mungkin ada kebenarannya. Senario dunia memaparkan beberapa contoh yang bukan sedikit tentang isu ini. Misalnya mana mungkin Angelina Jolie terpikat dengan Brad Pitt, Seniwati Norizan malah Seniwati Agung Saloma terpikat dengan Seniman Agung P. Ramlee dan yang terkini Fasha Sandha dan mantan buah hatinya Jejai sedangkan mereka telah tahu dan maklum lelaki yang disebut itu merupakan suami orang.(Mengemukakan contoh selebriti kerna mereka dikenali umum).

Realitinya, bukan hanya Angelina, Norizan, Saloma mahupun Fasha yang memiliki perasaan sedemikian terhadap suami orang. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan didapati wanita atau gadis sememangnya lebih tertarik dan tergoda pada lelaki yang sudah berumahtangga.

Bagi merungkai persoalan mengapa ini terjadi, seorang pakar psikologi bernama Anthony Little melakukan ujikaji dengan menggunakan ikan sebagai objek. Didapati ikan-ikan betina lebih tertarik kepada ikan jantan sewaktu pasangan nya berada disamping ikan jantan tersebut. Melihat kepada dunia realiti keadaan yang sama juga sebenarnya berlaku. Berdasarkan satu lagi kaji selidik yang diterbitkan dalam sebuah laman web didapati wanita yang diberikan foto lelaki tertarik kepada foto lelaki yang sudah beristeri.

Sementara itu kaji selidik lain yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Transactions of the Royal Society menemui satu jawapan yang agak berbeza namun motifnya masih sama. Hasil kaji selidik tersebut mendapati lelaki kelihatan lebih hebat dan menarik saat bergambar sambil dikelilingi wanita berbanding bersendirian atau bersama-sama kawan lelakinya.

Benarkah lelaki beristeri lebih menggoda…bukti dan contoh di atas jelas membuktikannya.

Fikir-fikirkan…

Selasa, 14 Oktober 2014

Haram Suami Paksa Isteri Keluar Kerja




Memetik artikel Pengerusi Himpunan Ustaz dan Pendakwah Dr Zaharuddin Abdul Rahman menerusi www.zaharuddin.net bertajuk Hukum Wanita Bekerja Dengan Keputusan Fiqh Dunia menyatakan Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.

Keharusan ini termasuk dalam umum sebagai firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan.” (Suran An Nisa’ : 32)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri” (Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306).

Justeru, bekerja dan mencari nafkah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan akal bagi menanggung isteri dan keluarganya.

Manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut (Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280).

Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh (harta) yang diusahakan, sama ada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu.

Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya. Selain itu, tanggungjawab asas seorang isteri mengurus keluarga, mendidik anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu.

Ketika perlu, isteri berhak bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut yang diiktiraf syarak dengan syarat menjaga hukum agama.

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang bekerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri ‘nusyuz’, tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

Menyentuh soal isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga, menurut pandangan Islam, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).

Kerelaan isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga adalah dibenarkan menurut pandangan syarak. Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan antara suami dan isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperoleh oleh isteri.

Isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami reda dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.

Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.

Tidak harus, pada pandangan syarak, suami menjadikan keizinannya kepada isteri bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami, mahupun mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami. Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

Minggu, 05 Oktober 2014

Hukum Merokok dalam Islam


Saya yakin,  masalah hukum merokok,  orang-orang sudah pada tahu.  Walaupun di kalangan para ulama sendiri,  ada perbedaan pendapat satu sama lain tentang boleh atau tidaknya merokok.

Para ulama membagi hukum merokok menjadi 3 hukum, yakni :
1. mubah
2. makruh
3. haram






Merokok mubah
Pendapat ini berdasarkan dalil Al Quran surat Al Baqarah ayat 29 yang menyatakan bahwa segala sesuatu yang