Info Tentang Wanita

BTemplates.com

Cari Blog Ini

Diberdayakan oleh Blogger.

Rabu, 20 Mei 2015

Jom Kenali 7 Perwatakan Dan Taktik Lelaki Gatal




Wajah yang kacak dengan penampilan bergaya tidak cukup untuk anda menilai seorang lelaki itu tanpa mengenali latar belakangnya.

Anda yakin dengan kejujuran, keperibadian dan setiap tindak tanduk si lelaki yang anda kenali itu?

Jadi, hari ini kami ingin berkongsi ciri-ciri lelaki kasanova ataupun lelaki gatal supaya anda tidak terjerat dengan perangkap sang buaya darat! Awas, lelaki gatal bukan mahu menjalinkan hubungan cinta yang serius dengan wanita, tetapi mereka hanya inginkan keseronokan semata.

Jom, kami selongkar taktik si lelaki gatal!


Kacak & Bergaya

Kebanyakan lelaki gatal mempunyai rupa yang kacak dan sentiasa menjaga penampilan untuk memikat wanita. Jadi, jika anda terpikat dengan seorang lelaki kacak, selidik dan kenali dahulu mereka dengan lebih mendalam, sebelum anda meneruskan perhubungan dengan lebih serius.

Ramai Teman Wanita

Lelaki jenis ini tidak akan pernah setia pada satu wanita. Mereka sering bertukar ganti teman wanita seperti bertukar pakaian. Biasanya mereka sukar untuk menunjukkan komitmen dalam sesuatu perhubungan.

Sukar Dihubungi

Lelaki gatal sukar dihubungi ketika keluar bersama wanita lain. Mereka akan ‘silent’ atau matikan telefon mereka agar tidak diganggu teman wanitanya yang lain.

Perahsia

Kebanyakan lelaki gatal ini sangat berahsia. Termasuklah hal-hal peribadi seperti keluarga, kerja, tempat tinggal, rakan dan sebagainya. Biasanya bila ditanya, mereka akan mengelak daripada memberikan jawapan sebenar.

Berani

Jika perkenalan anda dengan si dia masih di peringkat awal, tetapi si dia sudah bersikap “daring” seperti memegang tangan dan memeluk pinggang, awas! Lagi lama anda bersama si dia, lagi “daring” sikapnya nanti!

Gemar Perbualan Kotor

Mereka gemar berbual tentang seks walaupun di awal perkenalan. Jika si lelaki gatal suka berjenaka, pastinya jenaka itu ada berbaur lucah.

Minta yang Bukan-Bukan

Sang buaya darat biasanya gemar mengajak anda pergi ke tempat yang gelap, mengajak anda menemaninya masuk ke rumah atau menggoda anda dengan memuji kecantikan dan susuk tubuh anda untuk mendapatkan layanan tertentu yang tidak sepatutnya. Selepas mereka dapat apa yang dihajati, pastinya mereka akan menghilangkan diri!

Hakikatnya, tidak semua lelaki bersifat sedemikian, tetapi sebagai wanita, anda harus lebih berhati-hati dan menyelidik latar belakang si lelaki yang anda kenal terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, anda mengenali keperibadian si dia dan dapat mengelakkan diri daripada ditipu.

Minggu, 17 Mei 2015

10 Petua Untuk Pertama Kali Jumpa Bakal Mertua




Jumpa mertua buat pertama kali? Pastinya dada rasa berdebar. Ada yang lebih teruk, siap tidak boleh tidur malam kerana terlalu takut memikirkan perkara ini. Takut jika mertua tidak boleh terima diri ini seadanya.

Semua orang tahu, perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Namun sebelum mendirikan sesebuah masjid, perlu ada cara dan langkah yang tertib demi menjamin kebahagiaan yang berkekalan, dan juga sebagai memohon restu daripada keluarga mentua agar mendapat keizinan mereka dalam menjalin kemesraan antara dua pihak.

Di sini tips-tips yang paling kerap dilakukan diterangkan secara terperinci, berdasarkan di atas pengalaman-pengalaman yang di alami oleh semua bakal pengantin yang akan mendirikan singgahsana bersama yang tercinta. Walaupun hanya calon, belajar cara mengambil hati mertua, agar disayangi mertua selalu. Usah bertangguh lagi, ikuti tips bertemu calon mertua ini.

1. Rancang pertemuan

Ini tips berjumpa bakal mertua yang pertama. Faktor masa adalah penting dalam membuat temujanji atau aturan bertemu keluarga mentua. Kerana pemilihan masa akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan itu. Elakkan pertemuan secara mengejut, atau datang bukan dalam waktu keraian. Pilihlah tarikh pertemuan seperti hari raya, kenduri kahwin saudara dan yang sewaktu dengannya.

Untuk lebih menunjukkan adab, biar pasangan kita yang aturkan pertemuan itu. Kita cuma ikut sahaja aturan dia.

2. Jaga penampilan diri

Tanggapan pertama keluarga mentua amat penting supaya mentua dapat menganalisa keperibadian anda sepenuhnya. Maklumlah, untuk menyerahkan kehidupan anaknya kepada anda, mereka perlulah membuat kajian sendiri juga tentang bakal menantu yang akan dikahwini oleh anda. Jadi berpakaian sopan merupakan kepentingan utama. Contoh berpakaian sopan yang paling ideal adalah baju kurung.

Jangan pakai yang terlalu menjolok mata. Ini bukan pameran fesyen. Juga janga terlalu formal siap tali leher, bagaikan di pejabat. Biar santai tetapi kemas.

3. Tunjukkan adab sopan dan kerajinan

Tunjukkan akhlak yang baik. Pertuturan yang baik dan sifat yang terpuji menggambarkan keperibadian anda. Untuk perempuan, ringankan tulang anda untuk membantu bakal mentua seperti memasak, mengemas, membasuh pinggan dan sebagainya. Bakal mentua juga akan menganalisa anda berdasarkan skil komunikasi, memasak, skil sebagai suri rumah tangga yang akan menjaga anak mereka kelak.

Untuk lelaki pula, jika ada kenduri, buat-buatlah rajin tolong goreng ayam. Jika ada keraian, ringakan-ringankan tangan angkat makanan dan dulang pada tetamu. Tentu akan ada orang berbisik-bisik, “Eh, siapa tu yang rajin angkat hidang. Tak pernah nampak pun” Haaa.. nampak tak permainan ini?

4. Biarlah bersederhana

Tips berjumpa bakal mertua yang seterusnya ialah sentiasalah bersederhana dalam segala perlakuan anda. Ini kerana sifat bersederhana dituntut oleh syarak dan juga menyejukkan mata yang memandang. Jangan ada rasa bongkak diri atau bersifat berlebih-lebihan. Ini kerana mentua menyukai menantu yang tidak mempunyai sifat bangga diri dan sentiasa bersederhana. Ianya juga akan merapatkan silaturrahim antara kedua belah pihak. Untuk perempuan, elakkanlah bermekap tebal-tebal.

5. Jadi diri sendiri, jangan 'fake'

Ini adalah tips yang sebaik-baiknya dan perlu dijadikan tabiat. Ianya akan menunjukkan keperibadian anda yang sebenar kepada mentua. Sepertimana anda terhadap pasangan anda, begitulah juga layanan anda kepada mentua, cuma perlu lebih bersopan dan mengetahui batas-batasnya. Hipokrasi hanya akan mengundang syak wasangka dan memberikan tanggapan buruk dari pihak mentua.

Jangan sebelum kahwin nampak baik, selepas kahwin baru tunjuk tembelang!

6. Ada pengetahuan agama yang kukuh

Ilmu pengetahuan tentang agama amat penting kerana itu adalah tunggak kebahagiaan dan kewajipan keluarga. Agama memberi panduan kepada keluarga dan pasangan ke arah kehidupan yang lebih bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu juga, ilmu tersebut juga akan menjadi panduan kepada anak-anak yang akan lahir kelak.

Untuk lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh baca doa makan, tidak tahu pula. Apatah lagi bila didorong ke depan untuk jadi imam solat, asyik geleng-geleng kepala. Jika mahu kahwin anak dia, kenalah tahu memimpin keluarga.

7. Soal-selidik pihak mertua

Sebelum berjumpa pihak mentua, eloklah membuat soal-selidik dahulu melalui pasangan anda. Ini kerana ianya dapat mengelakkan salah faham dan juga mengetahui cara yang betul untuk menambat hati pihak mentua. Tanya betul-betul, cuma jangan sampai pasanga rasa 'pissed-off'

8. Pandai membuka bicara/memulakan topik perbualan.

Dalam mana-mana skil komunikasi, pembukaan bicara adalah yang paling sukar dilakukan terutamanya apabila di dalam keadaan yang janggal. Setelah melakukan soal-selidik pihak mentua daripada pasangan anda, anda akan dapat gambaran apakah topik yang dapat dibicarakan bersama mentua. Cuba berbual secara spontan dan natural, supaya ianya tidak digambarkan seperti sudah dirancang dan diskripkan.

Jika tidak tahu mahu bual apa, cuba tanya tentang cuaca, "Macam mana minggu ini, ada hujan tak?. " Atau, "Lama rasanya tidak hujan tempat saya. Kat sini hujan tak?." Nescaya, akan panjang perbualan itu.

9. Bawa buah tangan

Buah tangan merupakan simbol penghargaan kepada pertemuan anda dan pihak mentua. Dari soal-selidik juga, anda dalam proses menambat hati mentua. Ianya juga dapat dijadikan topik perbualan seperti contoh, kalau anda membawa kek lapis, kemungkinan pihak mentua akan bertanya dari mana anda membelinya. Jikalau anda membuat sendiri, mungkin anda dan pihak mentua dapat berkongsi resipi atau tips untuk memasaknya.<

Yang paling selamat ialah dengan bawa buah-buahan sahaja. Tanya pasangan, buah-buahan yang macam mana yang mertua suka.

10. Kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar

Ini tipps berjumpa bakal mertua yang terakhir. Dan ini antara yang paling penting. Jangan buat muka sombong. Cuba berbaik-baik dan kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar. Mulanya, mungkin ada yang nampak sombong. Bila bakal mak mertua kenalkan satu persatu, mungkin boleh jadi lebih rapat.

Ambil peluang untuk mengenali lebih rapat, kerana bila berkahwin dengan pasangan, kita bukan kahwin dengan pasangan itu sahaja. Kita kahwin dengan seluruh keluarganya.

Akhir kata

Apa yang penting adalah niat anda yang suci dan murni dalam menambat hati pihak mentua. Banyakkan berdoa sebelum pertemuan dan biarkan proses pertemuan berjalan secara semula jadi dan lancar. Jikalau anda sentiasa tenang dan relaks dalam setiap situasi, pasti pihak mentua akan yakin dengan anda sebagai menantunya.

Sabtu, 16 Mei 2015

Tata Cara dan Doa Sholat Tahajud Arab Latin dan Artinya



Tata cara melakukan sholat tahajud
Sebelum melaksanakan shalat tahajjud, sebaiknya kita membersihkan mulut (menggosok gigi) terlebih dahulu, tepatnya sebelum berwudlu.


حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ حُصَيْنٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَامَ

Jumat, 15 Mei 2015

10 Sebab Kenapa Lelaki Lebih Sukakan Wanita Janda




Pelbagai persoalan yang muncul mengenai status janda . Janda adalah gelaran bagi seorang wanita yang pernah berkahwin.

Janda juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu wanita itu menjadi janda diatas sebab suaminya sudah meninggal dunia dan satu lagi, wanita itu menjadi janda kerana telah berpisah atau bercerai dengan suaminya…

Namun begitu , apabila dengar sahaja perkataan janda, ianya sering meniti di bibir lelaki yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin.

Kenapa ya, pasti anda ingin tahu kenapa dan apa sebabnya janda mempunyai tarikan yang berlainan berbanding anak dara. Jom baca 10 sebab yang mungkin merungkai segala tanda tanya anda tentang janda !

1.) Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menggoda.

2). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah bersedia.

3). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda senang kira dan tidak susah memilikinya.

4). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda mudah mesra dan manja.

5). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai "Menggula".

6). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menjaga.

7). Kenapa lelaki sukakan janda
Mungkin kerana janda pandai bekerja.

8). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah tahu semua benda.

9). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda senyumnya lebih manja.

10). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda kurang belanja kosnya .

Namun begitu harus diingat! Bukan semua janda mudah didekati malah kadang kala janda lebih tinggi kosnya berbanding anak dara.... fikir-fikirkanlah ya...

Minggu, 10 Mei 2015

Tips Bajet Kahwin Bawah RM 5000




Assalamualaikum hai kalian..

Perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksanakan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)

Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.

Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.

Tambah rezeki dengan berkahwin seperti mana Islam katakan seperti di atas. Majlis perkahwinan bukan suatu majlis perniagaan. Bukan sidang jualan langsung atau tidak langsung. Ia adalah satu program ibadah kepada ALLAH SWT.

Jadi biarlah majlis walimatul urus itu mempunyai bajet yang murah dan tak membebankan mana-mana pihak.

Kos di bawah RM 5000 !

Jemputan sekitar 100 hingga 150 orang. Paling tinggi 200 orang.

Makan perkepala RM 10 (pasti kenyang !) ini kebanyakan menggunakan khidmat katering.

Siapa yang akan diundang?

40 kad untuk jiran tetangga.

40 kad untuk kaum keluarga terdekat.

40 kad untuk rakan baik pasangan pengantin

30 kad (reserve)

Jumlah 150 keping kad. Kos makan minum ( RM 10 x 200 = RM 2000 )

Jangan tambah kad jika kad telah habis. Jangan jemput orang yang bukan rakan baik pasangan. Bukan keluarga terdekat, bukan jiran tetangga.

Aturcara Majlis:

11 pagi hingga 3 petang

Tempat: Halaman rumah ( satu kanopi dengan buffet makanan )

Setelah pengantin diijabkabul di dalam rumah atau di anjung luar atau di wakaf yang dikhaskan di halaman. Pengantin bolehlah beramah mesra dengan para tetamu.

Kos sewaan pakaian RM 300 + hiasan mudah wakaf RM 200 ( tidak termasuk pakaian sendiri)

Kamera video RM 400 + juru gambar RM 300

Memotong kek RM 200 (tempat di halaman rumah) tidak perlu makan berdamai kerana pasangan mempelai boleh makan bersama-sama tetamu.

Untuk memudahkan layanan lebih mesra pasangan pengantin untuk tetamu bolehlah dicatatkan masa kehadiran buat tetamu untuk 50 kad setiap satu jam. Bermaksud:

50 kad undangan dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari

50 kad undangan dari jam 12 tengahari hingga jam 1 petang

50 kad undangan dari jam 1 petang hingga jam 2 petang

50 kad undangan dari jam 2 petang hingga jam 3 petang.

Majlis akan menjadi sangat mudah dan meriah kerana dihadiri oleh tetamu yang boleh dimesrai oleh pasangan mempelai. Tidak memenatkan dan sangat tenang sambil video merakam detik-detik indah tersebut. InsyaAllah.

Kos keseluruhan majlis:

Makan minum RM 2000

Sebuah kanopi RM 300

Pakaian pengantin RM 500

Video RM 400

Jurugambar RM 300

Kek RM 200

Jumlah RM 3700 sahaja ! masih berbaki RM 1300 ..

Terpulang kepada tuan-tuan, boleh saja dipanggil penjual aiskrim untuk dibayar ‘lumpsum” RM 300

Masih berbaki RM 1000 untuk diadakan cabutan bertuah pada setiap satu jam dan sebagainya.Boleh saja ditambah hiasan tempat akad nikah, atau upah tenaga mengemas selepas majlis.

Atau untuk mencetak kad jemputan yang cantik sebelum majlis perkahwinan ( tidak digalakkan lebih dari harga RM 2.00 /kad)

*****************************************************************

Betapa mudahnya perkahwinan. Tidak perlu rasanya saya mengeluarkan hingga seribu keping kad bahkan hingga 2 ribu keping kad jemputan. Kerana melalui pengalaman yang saya lihat ada tetamu yang hadir tidak mengenali ibubapa pengantin bahkan tidak kenal langsung dengan pengantin!!!

Sungguh ajaib jemputan sebegini. Hanya kirim-kiriman kepada agen penulis kad jemputan dari setiap kampung berhampiran ! Ini perbuatan bodoh sekali. Tetamu yang hadir hanya menunjukkan muka entah kepada siapa. Tidak dilayan dengan sempurna. Petugas majlis mencuri tulang lantaran kepenatan. Bapa pengantin tidak peduli kerana sibuk ‘bersalam kokot’ Pengantin di dalam bilik bersolek-solek saja. Tetamu datang dan pergi entah dari mana dan untuk apa?????

Sudahlah… ini semua jauh amat dari keberkatan, ini kerja yang karut dan syaitani ! Ini semua penyumbang kepada gejala pembuangan bayi. Saya ulangi sekali ini semua penggalak kepada gejala pembunuhan bayi. Itu semua kesombongan dan budaya ikut-ikutan. Yang miskin pun ingin mengikut, yang alim pun begitu juga. Dua kali lima! Sudahlah…. tinggalkanlah.

Jika orang tua tak mahu faham juga… Kita Kahwin Lari Saja …!

Jumat, 01 Mei 2015

12 Sebab Haid Anda Tidak Teratur




12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

Tekanan: Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita .

Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

Berlebihan hormon prolaktin: Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

Menyusu badan: Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

Masalah tiroid: Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Gemuk: Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

Terlalu kurus: Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

Tersilap kira: Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Menopous: Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim. Pencegah hamil: Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

Hamil: akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.