Info Tentang Wanita

BTemplates.com

Cari Blog Ini

Diberdayakan oleh Blogger.

Kamis, 25 Februari 2016

Petua Untuk Mengatasi Kurang Darah Dalam Badan (Anemia)




Masalah kurang darah ni boleh berlaku ke atas kanak-kanak, ibu hamil dan juga orang dewasa yang tinggal di pedalaman. Anda yang mengalami masalah ini biasanya akan kelihatan pucat, lesu dan tak bersemangat. Justeru, anda tidak digalakkan berjalan kaki dalam jarak jauh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pengsan.

Antara punca kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat protein dan zat besi, wanita yang kerap hamil dan tak teratur, penyakit malaria dan juga jangkitan cacing. Untuk itu, ada satu petua tradisional yang boleh anda cuba bagi mengatasi penyakit ini.

Mula-mula anda sediakan dulu bahan-bahan ini;

[+] 2 biji telur ayam.
[+] 1 sudu makan madu asli.
[+] 1 biji limau nipis.
[+] Segenggam daun bayam


Kemudian, anda ikuti beberapa langkah di bawah ini;

[+] Ambil kuning telur saja dan pukul sehingga rata.
[+] Masukkan madu ke dalam kuning telur tadi dan kacau sampai rata.
[+] Seterusnya, perahkan air limau nipis pula ke dalam campuran tadi dan kacau lagi.
[+] Tumbuk dahulu daun bayam. Kemudian, anda ambil airnya dan masukkan bersama campuran
      kuning telur, madu dan air limau nipis tadi.
[+] Kacau sekali lagi agar campuran tersebut sebati.
[+] Akhir sekali, minumlah air daripada 4 ramuan di atas.


Amalkan meminum air ini selama 3 hari berturut-turut agar badan anda lebih sihat dan segar. Selepas itu, anda dah boleh menjarakkan tempoh meminumnya. Iaitu minum dalam seminggu sekali ataupun buat 2 minggu sekali. Mudah-mudahan anda tidak akan kekurangan darah lagi.

Ramai Wanita Malaysia Hisap Dadah Untuk Kelihatan Kurus




Penyumbang peningkatan jumlah penagih dadah yang berlaku hari ini adalah terdiri dari golongan wanita. Ini kerana sesetengah golongan ini percaya dengan pengambilan dadah mampu menurunkan berat badan.

Daripada 20,887 penagih dadah di Malaysia pada 2013, 0.1 peratus daripadanya adalah penagih dari golongan wanita dan ia sentiasa meningkat sehingga tahun 2015.

Menurut sumber dari Pengarah Bahagian Pencegahan Agensi Ddah Kebangsaan(AADK), Abdul Rahman Hamid menjelaskan kajian AADK mendapati faktor kurang peka dengan ketagihan yang bakal dialami menyebabkan wanita cenderung memilih dadah baharu jenis sintetik yang mudah didapati.

“Wanita mudah terpengaruh apabila ada yang mengatakan pil ecstasy dan 'Ice' (Syabu) mampu menjadikan seseorang itu kurus menyebabkan mereka sanggup mengambil dan mengamalkannya,"

Tambahnya lagi, pada tahun ini pihak AADK akan memfokuskan kepada golongan ini demi membanteras gelaja penagihan dadah.

Peningkatan peratusan kepada 4 peratus penagih dadah dikalangan pada tahun ini memberikan impak besar kepada pembangunan generasi akan datang.

Selasa, 23 Februari 2016

5 Rahsia Kecantikan Neelofa Yang Wajib Anda Tahu




Wanita mana yang tidak mencemburui kecantikan yang di miliki oleh gadis cantik bernama Noor Neelofa. Bukan sahaja cantik, malah orangnya cukup rajin dan berdedikasi. Perniagaan tudungnya sahaja mendapat keuntungan RM50 juta pada tahun lalu.

Gadis kelahiran Kelantan ini memang cukup prihatin tentang soal kecantikan dan kesihatan. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia wanita ini kekal cantik walaupun sibuk dengan perniagaan dan pengacaraan. Ada masa ke untuk diri sendiri?

1. Banyak minum air masak

Saya amalkannya sejak 2009 dan waktu itu saya sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Bila tekak kita dah biasa dengan air kosong kita rasa dah tak nak minum air lain, anda akan rasa bahawa air kosong itu sangat refreshing.

2. Gunakan minyak argan untuk rambut sihat

Saya tidak mempunyai masa untuk ke salun. Saya menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.

3. Penjagaan kulit & pengambilan supplement sangat penting

Saya menggunakan banyak alat solek, jadi saya memastikan setiap kali habis kerja, saya akan mencuci muka dengan cleansing oil dan saya juga mengambil supplement.

4. Amalkan mandi ais untuk tulang & kulit

Saya amalkan rawatan mandi ais. Baldi berisi air dan ais yang sejuk, kemudian saya akan mandi dari hujung kaki sehingga ke kepala. Rawatan ini membantu menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan penyakit. Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan nampak segar walaupun tidak mengenakan solekan.

5. Bersenam tiga hingga empat kali seminggu

Selain bersenam di gim, saya suka bermain badminton, berenang dan kick boxing. Saya akan melakukan semua senaman ini sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.

Sabtu, 20 Februari 2016

10 Jenis Lelaki Yang Wajib Dijauhi Oleh Wanita




Sepuluh jenis lelaki yang WAJIB dijauhi dan TIDAK PATUT patut dijadikan calon suami.

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham kehendak wanita. Walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk, lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkannya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini? 10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada wanita. Anda tidak nampak ciri kepemimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

Jumat, 12 Februari 2016

5 Sebab Kenapa Wanita Nak Sangat Berkulit Putih




Sekarang ni dah berlambak produk untuk putihkan kulit di pasaran.Kalau dah macam-macam jenis produk putihkan kulit, mesti la disebabkan oleh banyak permintaan.Kalau kita tengok sekarang ni, ramai wanita yang berlumba-lumba nak putihkan kulit dan sanggup berhabis duit.

Apa sebabnya deorang ni nak putih? Kulit gelap tak cantik ke? Kena tahu 5 sebab penting ini!

1. Lelaki suka wanita berkulit putih

Yeke lelaki sukakan wanita berkulit putih je? Tak semua, tapi kebanyakannya memang nak yang kulit cerah gebu. Bagi lelaki, walaupun rupa wanita tu tak lawa mana, tapi kalau putih je confirm cun!

2. Kalau tak pakai mekap tak ada masalah

Bila wanita kulit putih ni tak payah pakai mekap pun tak apa. Tetap nampak cantik. Kalau kulit gelap pulak nak kena pakai bedak ikut warna kulit, kalau tak bercapuk la muka tu nanti.

3. Senang nak pakai mekap

Lagi satu bonus, bila kulit putih ni pakai eye shadow warna apa pun cantik je. Pakai la gincu warna gelap ke terang ke, warna nude ke memang tak ada masalah. Kalau kulit gelap pakai gincu merah terang nampak pelik pulak kan.

4. Boleh pakai baju atau tudung warna apa je

Bila kulit cerah ni, pakai la baju warna apa pun tak jadi masalah. Tudung nak beli warna-warni pun cantik je kalau pakai. Kalau kulit gelap, pakai tudung warna ‘merah mak ngah’, confirm kena kutuk dengan kawan-kawan.

5. Pilihan untuk dibuat bini sebab nak anak kulit putih

Ni pun jadi masalah orang sekarang. Kalau kau tu kulit hitam, lepas tu kahwin dengan orang kulit putih, confirm ke dapat anak kulit putih? Kalau kulit jadi isu, ada yang tak kahwin sampai ke tua.