Info Tentang Wanita

BTemplates.com

Cari Blog Ini

Diberdayakan oleh Blogger.

Senin, 14 Juli 2014

5 Tips Uji Kesetiaan Kekasih



Pernahkah terlintas difikiran anda atau ada tertanya-tanya samada kekasih anda setia ataupun tidak?.Jika pernah,anda patut baca artikel ini hingga habis.

Sebenarnya untuk mengetahui kekasih anda jenis yang setia atau bukan sebenarnya mudah.Kiranya anda takut untuk bertanyakan secara langsung,berikut ada 5 tips yang boleh anda cuba untuk menguji kesetiaan kekasih.

1.Uji Kesetiaan Kekasih Dengan Handphone

Anda boleh membeli nombor baru/simkad baru tanpa pengetahuan kekasih anda.Gunakan nombor Handphone baru tersebut untuk menggoda si dia dengan SMS.Berpura-pura tersalah nombor dan ajak dia untuk berkenalan.Jika si dia terus excited dan memperkenalkan dirinya dengan senang hati,itu tandanya kekasih anda kurang setia.

2.Uji Kesetiaan Kekasih Dengan Facebook

Jika kekasih anda lulus dari ujian menggunakan Handphone,anda boleh mengujinya
dengan menggunakan Facebook. Buatlah satu akaun Facebook baru dengan foto-foto yang menarik gunalah foto-foto model/artis jelita dan seksi.Kemudian anda add Facebook kekasih anda.Jika si dia mengesahkan sebagai rakan,tibalah masanya anda bertindak.Cuba goda si dia melalui akaun Facebook palsu anda.Jika dia menyambut mudah godaan-godaan tersebut itu ertinya dia seorang yang sukar untuk setia.

3.Minta Bantuan Rakan Yang Tidak Dikenalinya

Tidak ada salahnya anda meminta bantuan rakan untuk berpura-pura menggoda si dia.Ketika anda dan si dia sedang berdua-duaan,mintalah rakan untuk menelefon kekasih anda dan menggodanya.Selepas itu,cuba tanya pada kekasih anda siapa yang menelefon.Jika dia menjawab dengan sesuatu yang kurang benar,itu tandanya anda perlu berwaspada…

4.Uji Kesetiaan Kekasih Dengan Godaan Nyata

Maksudnya adalah anda cuba ajak kekasih ke tempat yang biasanya jadi tumpuan atau tempat berkumpulnya gadis/jejaka yang menawan dan menarik.Jika anda lihat matanya sering menjeling jeling atau bahkan senyum - senyum dengan orang lain,itu ertinya dia kurang setia..

5.Uji Kesetiaan Kekasih Dengan Kesabarannya

Cubalah untuk menguji kesabaran kekasih anda.Misalnya anda boleh minta dijemput olehnya dan anda secara sengaja lambat muncul sehingga si dia harus menunggu beberapa minit.Jika dia sabar dan tidak marah-marah ketika anda menjelaskan alasan anda lambat,bererti dia sangat menghargai anda.Tapi,jika dia masam mencuka atau marah-marah,hmmm… nampaknya ada orang lain lagi yang mahu dijemputnya..

5 Kesan Negatif Jatuh Cinta




Oh! Jatuh cinta rupa-rupanya bukan hanya sekadar permasalahan hati dan perasaan saja. Bila diri dilamun rasa cinta pada seseorang juga berupaya memberikan kesan positif dan juga kesan negatif bagi kesihatan seseorang individu.

Menyentuh mengenai kesan positif jatuh cinta,pasti ramai yang tahu.Tetapi tentu tidak ramai yang menyedari akan kesan-kesan negatif yang akan muncul bila jatuh cinta. Sebagai rujukan,berikut ini 5 kesan negatif jatuh cinta bagi kesihatan:


1.Sukar Tidur

Saat dilamun cinta,tidak kurang dari anda yang mengalami kesukaran untuk tidur. Hal ini terjadi kerana berlakunya produksi hormon dopamin dan norepinefrin yang terlalu banyak ketika anda mengalami rasa suka,teruja,dan keasyikan jatuh cinta. Itulah sebabnya anda memiliki banyak energi,sukar tidur selama berhari-hari dan wajah jadi merah merona.

2.Kurang Selera Makan

Dalam beberapa kejadian,jatuh cinta ternyata mampu menjadi berbahaya. Misalnya,ketika seseorang memasuki fasa ‘limerence’,iaitu bila 'tergila-gila'.Ketika dalam fasa mengalami ‘limerence’, seseorang menjadi terlalu obsesif,mudah terganggu,hilang selera makan serta melupakan pekerjaan, teman, keluarga bahkan tanggungjawab pada dirinya sendiri.

3.Hilang/Sukar Fokus

Saat sedang dilamun cinta, seseorang itu sukar fokus dan tidak mampu memberikan tumpuan memikirkan apapun selain orang yang dicintainya.Keadaan ini merupakan akibat dari hormon dopamin yang membuat orang menjadi terlalu obsesif.

4.Tekanan Pada Bahagian Dada

Menurut Dr. Helen Fisher, ilmuwan dari Rutgers University, Amerika, ketika seseorang merasakan tekanan pada dada, biasanya orang itu sedang berada dalam keadaan kepanikan.Saat seseorang itu jatuh cinta,otak seringkali terkait dengan rasa cemas,rasa tidak keruan dan panik.

5.Mual Dan Rasa Tidak Selesa Dalam Perut

Pelepasan hormon norepinefrin, dopamin dan kortisol saat seseorang itu dilamun rasa cinta akan mengalirkan darah dari usus dan memberikan efek mual dan rasa gugup ketika bertemu orang yang dicintai.Orang yang sedang jatuh cinta biasanya mengalami gejala telapak tangan sering berpeluh, mulut kering, peningkatan denyutan jantung dan mudah pening bila melihat cahaya atau sinar yang terang.

8 Sikap Kejam Wanita Terhadap Lelaki




Bila bercerita tentang sikap dan perilaku kejam dalam sesebuah hubungan asmara,ternyata yang sering dipersalahkan adalah kaum lelaki.Namun,percaya atau tidak sebenarnya wanita juga seringkali berlaku kejam terhadap lelaki.

Berikut ini dipaparkan 8 sikap kejam yang seringkali dilakukan oleh wanita untuk mempermainkan ego dan emosi kaum lelaki.

1)Menimbulkan Cemburu

Sengaja keluar dan berpoya-poya dengan lelaki lain adalah hal yang kerap digunakan wanita untuk membuat kekasihnya cemburu.Alasannya untuk mengajar kekasih yang jarang memberikan perhatian dan kasih sayang.Memang apa yang dilakukan tidak salah asalkan tahu batasan dan tahu bila untuk berhenti.

2)Menguji

Tidak kurang juga wanita yang suka menguji pasangannya dengan alasan mahu melihat sekuat mana cinta kekasih hinggakan kadang-kadang cara yang digunakan tidak masuk akal dan memberikan tekanan.Contohnya wanita suka memaksa si kekasih mengikuti kemahuannya seperti menemani membeli belah sedangkan mengetahui si dia mempunyai agenda penting dan telah pun berjanji dengan rakan-rakan terlebih dulu.

3)Mengkritik

Lelaki mana yang suka dikritik apalagi oleh kekasih sendiri.Tambahan jika ianya dilakukan di depan umum.Hal tersebut benar-benar boleh menghancurkan harga dirinya.

4)Melakukan Kekerasan Fizikal

Sesetengah wanita kadangkala menganggap melakukan kekerasan fizikal terhadap lelaki seperti memukul atau menampar bukan sesuatu yang salah kerana yakin kekasihnya terlalu baik untuk membalas kekerasan tersebut.

5)Ambil Kesempatan

Sesetengah wanita juga sering menggunakan ketertarikan lelaki sebagai asas demi kepentingan dan manfaat peribadi seperti fasiliti pengangkutan pergi balik,hang out percuma dan lain-lain walaupun dirinya tidak pun tertarik dengan lelaki tersebut.Setelah bersenang-senang sedikit,si lelaki ditinggalkan.

6)Memanipulasi

Menyedari lelaki mudah menjadi salah tingkah bila melihat wanita menangis,sesetengah wanita sengaja memanipulasi kelemahan lelaki ini untuk memaksa lelaki secara halus bagi memenuhi keinginannya.Kadangkala tangisan sengaja dilanjut-lanjutkan kerana tahu lelaki sanggup melakukan apa saja demi menghentikan tangisan si wanita.

7)Berbohong

Samada sengaja atau pun sebagai satu cara melepaskan diri,ada wanita yang membohongi lelaki.Misalnya bila ada lelaki yang tidak menarik hatinya meminta nombor telefon,wanita biasanya sengaja memberikan nombor yang tidak betul.Atau jika pun betul,bila si lelaki menghubungi,wanita itu tidak akan menjawab atau pun sengaja meminta orang lain yang bercakap dan memberikan alasan.

8)Merahsiakan Status

Paling mengecewakan lelaki apabila wanita yang selama ini dikejar dan dipuja-puja sebenarnya telah memiliki kekasih.Sedangkan ketika proses perkenalan si wanita menampakkan dirinya sebagai seorang yang masih single dan melayan mesra setiap sikap mahu pun rayuan manis lelaki.

Minggu, 06 Juli 2014

Bacaan Sholat Dhuha dan Doa Setelah Sholat Dhuha Serta Artinya



Bacaan sholat dhuha hampir sama dengan bacaan sholat sunat lainnya. Hanya bacaan niat sholat, surat pendek yang dibaca serta doa setelah sholat yang agak berbeda. Sementara bacaan dan gerakan sholat pada umumnya sama saja. Artikel ini akan membahas semua bacaan doa yang dibaca setelah/sesudah selesai sholat sunnah dhuha lengkap dalam tulisan bahasa arab, latin dan terjemahannya/artinya sesuai

Selasa, 01 Juli 2014

Apa Hukum Web Cam Tanpa Tutup Aurat ?



Soalan; salam,,,ustaz apa hukum seorang perempuan berchating secara webcam tidak menutup kepala dan tidak menampakkan auratnya yang lain kecuali rambut sahaja. saya ada mendengar hukum menunjukkan gambar tidak menutup kepala kepada orang lelaki tidak dikira berdosa kecuali mendatangkan syahwat.. saya ingin mendapatkan kepastian sebab saya adlah pelajar jurusan pengajian Islam.

Jawapan;

Terdapat larangan yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah ke atas wanita beriman agar menutup aurat iaitu seluruh badan kecuali muka dan dua tangan sahaja yang harus didedahkan. Lihat surah an-Nur, ayat 31. Antara yang disuruh Allah agar ditutup ialah bahagian kepala. Firman Allah (bermaksud); "Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita mukmin) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga menutupi belahan leher baju mereka" (Surah an-Nur, ayat 31). Menurut ulamak tafsir; ayat ini bermaksud supaya wanita-wanita beriman menutup kepala mereka, leher serta dada mereka dengan kain-kain tudung (Lihat; Tafsir al-Jalalain).

Diriwayatkan dari Aisyah -radhiyallahu 'anhu- yang menceritakan; Asmak binti Abu Bakar suatu hari telah masuk bertemu Rasulullah -shallallahu 'alaihi wasallam- dengan memakai pakaian yang nipis, lantas baginda berpaling dari melihatnya sambil bersabda; "Wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila telah kedatangan haid (yakni sampai umur), tidak harus dilihat badannya melainkan ini dan ini sahaja" sambil baginda menunjuk ke muka dan dua tangannya" (HR Imam Abu Daud dari Aisyah).

Maksud dari arahan menutup aurat ialah tidak mendedahkannya untuk tontonan orang lain yang tidak diizinkan Allah melihatnya, iaitulah lelaki-lelaki yang bukan mahram. Apabila seorang wanita mengambil gambar dirinya ketika ia tidak menutup aurat, kemudian ia menunjukkan gambar itu kepada lelaki yang bukan mahramnya, apakah itu tidak dinamakan mendedahkan auratnya kepada orang yang tidak diizin Allah. Jawapannya tidak lain adalah "Ya". Jadi tidak syak lagi bahawa perbuatan tersebut adalah dilarang. Kewajipan wanita Islam menutup aurat bukan atas alasan timbul syahwat orang atau tidak (jika ia mendedah aurat), tetapi kerana menyahut arahan Allah dalam al-Quran dan hadis tadi. Menjaga dari timbulnya syahwat hanyalah hikmah dari arahan menutup aurat, bukan illah (sebab) kepada menutup aurat kerana illahnya ialah arahan Allah. Contoh lain; sekalipun tiada kebimbangan berlaku zina, haram seorang wanita berduaan dengan lelaki yang bukan mahramnya kerana berduaan itu dilarang oleh Nabi. Tidak harus seorang wanita berkata; "Tidak mengapa saya berduaan dengannya kerana saya yakin dapat menjaga diri dari zina".

Selain arahan supaya menutup aurat, terdapat juga arahan supaya menjaga pandangan mata. Firman Allah (bermaksud); "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki-lelaki mukmin; hendaklah mereka menahan pandangan-pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 30). "Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman; hendaklah mereka menjaga pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 31). Sabda Nabi (bermaksud); "Apabila seorang lelaki muslim menahan pandangannya tatkala terlihat wanita cantik, Allah akan gantikan untuknya (bagi mujahadahnya menahan pandangan itu) dengan kemanisan beribadah" (HR Imam Ahmad dari Abi Umamah). Persoalan; apabila seorang lelaki melihat gambar wanita yang tidak menutup aurat (seperti mendedahkan rambutnya), apakah ia dianggap menjaga pandangannya? Jawapannya sudah tentu "Tidak". Oleh demikian, anggapan bahawa gambar dikecualikan dari ayat yang menyuruh menutup aurat dan ayat yang menyuruh menjaga pandangan, anggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Ia bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ayat, malah membuka jalan kepada perbuatan dosa yang lebih besar lagi iaitu melihat gambar lucah dan menonton video lucah dengan alasan ia bukan sebenar tetapi hanya foto atau rakaman. Dalam kaedah (prinsip) Fiqh ada dinyatakan "Ma Adda Ila al-Haram Fahuwa Haramun" (Sesuatu yang mendorong kepada yang haram, ia turut diharamkan".

Wallahu a'lam.